Soalan:
Huraikan perkembangan pertanian di Belanda.
Pada
abad ke-17 dan ke-18, Belanda muncul sebagai sebuah negara yang pesat membangun
ekonominya ekoran perkembangan pesat kegiatan pertaniannya. Selain
tanahnya yang subur, peranan Sungai Rhine dan Sungai Maas banyak membantu
meningkatkan hasil pengeluaran pertanian di Belanda.
Kegiatan
pertanian di Belanda berkembang pesat dengan adanya sistem pengairan yang baik.
Menjelang pertengahan abad ke-17, penyaliran tanah telah dilakukan secara
besar-besaran di Belanda. Sistem pengairan yang tersusun ini berjaya
membekalkan air untuk menyiram tanaman. Kesan penggunaan teknologi pengairan
ini banyak membantu meningkatkan hasil keluaran pertanian Belanda.
Petani-petani
di Belanda juga telah memperkenalkan sistem tanaman bergilir. Melalui system
ini, tanah pertanian yang sudah dituai hasilnya tidak biarkan begitu
sahaja. Tanah ini kemudiannya ditanam dengan tanaman selingan seperti lobak,
kacang pis dan bijirin. Kaedah ini membolehkan petani di Belanda membekalkan
hasil pertanian secara berterusan selain mampu mengekalkan kesuburan tanah.
Selain
menjalankan kegiatan pertanian, petani di Belanda turut menjalankan kegiatan
penternakan terutamanya lembu. Belanda memiliki kawasan yang sesuai untuk
memberi makan lembu-lembu ternakan bagi menjadikan ia lebih gemuk. Lembu-lembu
yang gemuk ini kemudiannya disembelih sebelum dieksport
ke bandar-bandar di wilayah selatan. Perdagangan lembu ini juga
telah membantu merangsang perkembangan ekonomi Belanda.
Walaupun
hasil keluaran pertanian di Belanda meningkat, tetapi mereka masih mengimport
bijirin seperti gandum dari luar terutamanya Baltik kerana permintaan yang
tinggi dan jumlah penduduknya yang semakin meningkat. Perdagangan gandum dengan
Baltik telah menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk Belanda.
Perdagangan gandum ini juga turut memberi impak positif kepada bidang lain
terutama perkapalan, kelasi dan barangan.
Kepesatan
kegiatan pertanian di Belanda banyak dibantu oleh kesuburan tanah, iklim
sederhana yang bersesuaian serta inovasi dalam bidang pertanian. Perkembangan
kegiatan pertanian ini akhirnya menyumbang kepada perkembangan ekonomi
perdagangan dan perkapalan.
No comments:
Post a Comment