Soalan: Huraikan
faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya Perang Dingin selepas Perang Dunia
Kedua.
Perang Dingin merujuk kepada konflik antara dua buah kuasa besar iaitu blok kapitalis yang diketuai oleh Amerika Syarikat dan blok komunis yang diketuai oleh Soviet Union @ Rusia setelah Perang Dunia Kedua [PD2] berakhir. Perang Dingin tidak melibatkan pertempuran bersenjata sebaliknya kedua-dua kuasa terbabit biasanya menjadi penyokong atau dalang kepada negara2 yang berkonflik.
Perang Dingin merujuk kepada konflik antara dua buah kuasa besar iaitu blok kapitalis yang diketuai oleh Amerika Syarikat dan blok komunis yang diketuai oleh Soviet Union @ Rusia setelah Perang Dunia Kedua [PD2] berakhir. Perang Dingin tidak melibatkan pertempuran bersenjata sebaliknya kedua-dua kuasa terbabit biasanya menjadi penyokong atau dalang kepada negara2 yang berkonflik.
Perbezaan Ideologi kapitalisme dengan
komunisme menjadi punca berlakunya Perang Dingin.
Pendukung kapitalisme merupakan negara demokratik yang meletakkan
kuasa di tangan rakyat. Hal ini berbeza dengan
ideologi komunisme yang di perintah oleh diktator dan hanya
mengiktiraf Parti Komunis. Sistem kapitalisme mendukung prinsip pasaran
bebas yang banyak menguntungkan pelabur-pelabur besar. Hal ini bertentangan
dengan ideologi komunisme yang menganggap pemerintah
wajar mengawal ekonomi bagi memastikan kepentingan
pelabur kecil terbela. Perbezaan ideologi ini mendorong kedua-dua kuasa
ini berusaha meluaskan pengaruh
masing-masing.
Selain itu, kegagalan beberapa siri rundingan juga
mennyebabkan berlakunya Perang Dingin. Pada 1943, pemimpin
Kuasa Berikat iaitu Amerika Syarikat [AS], Rusia, Perancis dan Britain
mengadakan pertemuan untuk membincangkan keadaan politik di Eropah.
Perbincangan ini menyangkut hal konsesi Rusia di Eropah Tengah, pembahagian
negara Jerman kepada 4 zon tentera, penguasaan Rusia ke atas Poland dan isu
penguasaan ke atas Eropah Timur dan Eropah Tengah. Walau bagaimanapun, 3 siri
perbincangan di Teheran, Yalta dan Postdam ini tidak mencapai kata putus.
Keadaan ini menyebabkan keretakan hubungan negara-negara terbabit sehingga
mencetuskan bibit-bibit Perang Dingin. Lebih mengeruhkan keadaan, rakan dalam
Kuasa Berikat curiga dengan Rusia yang dikuasai oleh komunis
Kemerosotan ekonomi di Eropah juga dikatakan menjadi
faktor berlakunya Perang Dingin. Ekonomi negara-negara
seperti Britain, Perancis, Jerman, Itali dan Belanda terjejas
teruk berikutan pendapatan negara diperuntukan membiayai
PD2. AS menggunakan peluang ini dengan menawarkan dana bantuan dan
sokongan bagi menghalang perluasan ideologi komunis. AS kemudian
menubuhkan Rancangan Marshall bagi membangunkan semula ekonomi Eropah Barat
selain mengekang pengaruh komunis. Rusia menolak Rancangan Marshall kerana
beranggapan bahawa ia adalah salah satu bentuk campur tangan AS. Rusia kemudian
cuba mempengaruhi negara-negara di Eropah Timur agar tidak menerima bantuan AS
dan bertindak menubuhkan satu pertubuhan ekonomi untuk mengimbangi
pertubuhan ekonomi yang dianjurkan oleh AS.
Di samping itu, kebimbangan Rusia terhadap ancaman Jerman
juga menjadi faktor penyebab Perang Dingin. Kebimbangan ini
menyebabkan Rusia bercadang menguasai negara-negara di
Eropah timur untuk dijadikan sebagai ‘Zon Penampan’. Joseph Stalin iaitu
pemerintah Rusia ketika itu bimbang sejarah Peristiwa Operasi Barbarossa
berulang iaitu Adolf Hitler memimpin serangan besar-besaran selama 900 hari dan
menggugurkan lebih 600 000 bom ke atas Rusia. Rusia berusaha melemahkan
Jerman dengan menghalang Jerman bersatu di bawah kerajaan kapitalis.
Akibatnya, negara Jerman terbahagi kepada dua iaitu
Jerman Timur [Komunis] dan Jerman Barat [kapitalis].
Jelas sekali bahawa Perang Dingin berpunca daripada usaha
kedua-dua kuasa besar iaitu Amerika Syarikat dan Rusia yang berusaha
mengembangkan pengaruh ideolog masing-masing. Perang Dingin ini telah
mengakibatkan negara-negara di dunia terpecah kepada dua dua blok iaitu blok
kapitalis dan blok komunis.
No comments:
Post a Comment