Soalan:
Huraikan peralihan sistem pemerintahan beraja mutlak kepada raja
berperlembagaan di England.
Pemerintahan beraja mutlak di England bermula sejak penghujung abad ke-15.
Sistem ini diasaskan oleh oleh Raja Henry VII iaitu pemerintah Dinasti Tudor.
Sistem pemerintahan raja mutlak berpegang kepada prinsip
dan kepercayaan bahawa raja dilantik oleh Tuhan. Raja berkuasa dalam
segala hal mengatasi undang-undang.
Selepas
Perang Bunga Ros berakhir, majoriti masyarakat England bersetuju sistem
pemerintahan raja berkuasa mutlak sebagai penyelesai keadaan huru-hara.
Pemerintahan raja berkuasa mutlak yang diamalkan semasa Zaman Dinasti Tudor
[1485 – 1603] mendapat sokongan rakyat. Hal ini kerana raja-raja Tudor
menghormati prinsip perbatasan pemerintah yang terkandung dalam Magna Carta.
Parlimen England ketika itu terdiri daripada House of Lord dan House of
Commons. House of Lord yang dianggotai oleh tuan tanah yg kaya, bishop dan
kerabat diraja lebih berkuasa berbanding House of Commons yang dianggotai oleh
golongan knight, orang kaya dan peguam.
Menjelang abad
ke-17, berlaku perubahan dalam masyarakat England. Di luar Bandar, muncul
golongan gentry yang memiliki tanah dan kekayaan melebihi golongan bangsawan.
Di Bandar pula, muncul golongan bourjois iaitu saudagar yang kaya ber
pendidikan dan berpengetahuan dalam bidang ekonomi. Golongan gentry dan
bourjois yang banyak menganggotai House of Commons berani mempertikaikan House
of Lord yang didominasi oleh golongan aristokrat. Pada masa yang sama berlaku
pergeseran mahzab gereja. Penganut mahzab Protestan marah dengan
tindakan gereja kebangsaan England iaitu Anglican yg masih
mengamalkan sifat gereja Katolik . Golongan puritan ini bermatlamat
membersihkan amalan gereja di England daripada pengaruh gereja Katolik Rom.
Kemangkatan
Ratu Elizabeth I menandakan berakhirnya pemerintahan Dinasti Tudor
di England. Sepupu Ratu Elizabeth I iaitu Raja James I dari Scotland telah
ditabalkan menjadi raja England. Perlantikan ini menandakan bermulanya
pemerintahan Dinasti Stuart. Raja James I berpegang teguh kepada doktrin kuasa
suci raja yang menganggap kedudukan raja mengatasi segala undang-undang. Hal
ini tidak disenangi oleh golongan gentry dan
bourjois yang ingin memisahkan gereja dari pemerintahan. Sikap
pilih kasih dalam urusan perdagangan dan tindakan raja
membelakangkan parlimen dalam isu cukai menyebabkan golongan saudagar marah.
Keadaan
bertambah celaru bila Raja Charles I menggantikan ayahandanya sehingga parlimen
mengeluarkan Petition of Right. Petisyen ini bertujuan mengutuk raja yang
bersikap autokratik. Golongan puritan semakin marah bila Bishop Besar William
Laud yang dilantik oleh Raja Charles I melarang golongan puritan melakukan
aktiviti keagamaan mereka. Pada tahun 1645, berlaku perang dan tentera parlimen
yang dipimpin Oliver Cromwell berjaya mengalahkan tentera Raja Charles I.
Oliver Cromwell juga menyingkirkan ahli parlimen yang proraja. Beliau kemudian
mengisytiharkan England sebagai negara republik dan dia sendiri
sebagai ketua.
No comments:
Post a Comment