Soalan:
Huraikan peralihan sistem pemerintahan beraja mutlak kepada raja
berperlembagaan di Perancis.
Perancis
merupakan antara negara di Eropah yang mengamalkan sistem pemerintahan beraja
mutlak. Walau bagaimanapun, kepincangan dan ketidakstabilan politik serta
kebangkitan rakyat menyebabkan sistem ini dihapuskan dan digantik dengan sistem
pemerintahan raja berperlembagaan.
Di bawah sistem raja berkuasa mutlak yang diamalkan di Perancis, pemerintahan
Perancis terletak di tangan Raja, Majlis Diraja dan intendant. Kuasa raja
mengatasi semua undang-undang. Raja berkuasa memenjarakan individu yang ingkar
atau menyakiti hati golongan berpengaruh. Tindakan ini dipanggil lettre de
cachet. Majlis Diraja dianggotai kerabat diraja yg berpengaruh. Mereka
berperanan membuat keputusan penting dalam semua bidang. Di peringkat wilayah,
intendant diamanahkan untuk menguruskan hal pentadbiran dan cukai
sekaligus mengurangkan kuasa politik golongan bangsawan.
Golongan paderi atasan dan golongan bangsawan turut diberi
keistimewaan. Golongan bourjois iaitu golongan kelas menengah
seperti professional, guru, peguam dan pedagang turut diberikan
keistimewaan seperti pengecualian cukai. Walau bagaimanapun, golongan ini tidak
berpuas hati kerana tidak berpeluang naik pangkat dalam pegawai tentera dan
berkhidmat dalam pentadbiran. Golongan petani pula terbeban dengan
pelbagai cukai seperti cukai tanah, garam, harta dan cukai feudal.
Parlimen Perancis pula terbahagi kepada tiga estet iaitu estet pertama yang terdiri daripada golongan paderi, estet kedua dianggotai oleh golongan bangsawan dan estet ketiga pula terdiri daripada golongan borjouis dan petani. Estet pertama dan kedua diberi keistimewaan manakala estet ketiga seolah-olah terpinggir. Estet ketiga tidak mempunyai hak untuk membuat sebarang keputusan penting. Tuntutan estet ketiga untuk mendapatkan persamaan hak tidak diendahkan oleh Raja Loui XVI. Estet ketiga akhirnya mengisytiharkan diri sebagai Perhimpunan Kebangsaan atau Parlimen Negara. Tindakan estet ketiga ini menandakan bermulanya Revolusi Perancis. Perjuangan Estet Ketiga mendapat sokongan golongan miskin.

Perjuangan estet ketiga membuahkan hasil apabila mereka berjaya menawan
bangunan Bastille. Kemuncak perjuangan estet ketiga ialah apabila berlakunya
peristiwa yang dipanggi ‘Hari Ogos’: Peristiwa ini menandakan penghapusan
sistem feudal. Ahli parlimen dan golongan feudal menyerahkan
hak feudal mereka manakala golongan paderi menyerahkan hak gereja.
Pada 26 Ogos 1789 , parlimen meluluskan Perisytiharan Hak-Hak Manusia dan
Warganegara. Pentadbiran Perancis dibahagikan kepada 83 kawasan
[department] dan setiap department ini dibahagi kepada daerah [cantons] dan
commune. Kerajaan tempatan dipilih oleh rakyat tempatan dan berkuasa di kawasan
masing.
Menjelang tahun 1791 Majlis Perhimpunan Kebangsaan menyiapkan
perlembagaan baru. Dengan mengambil idea berdasarkan teori
pengasingan kuasa Montesquieu, kerajaan Perancis dibahagikan kepada
badan legislative, badan eksekutif dan badan judisiari. Bermulalah era
pemerintahan raja berperlembagaan di Perancis. Walau bagaimanapun, pemerintahan
raja berperlembagaan berlangsung selama setahun sebelum bertukar kepada
republik. Akibat pergeseran antara golongan revolusi dengan golongan menyokong
raja, Raja Louis XVI dan isterinya Marie Antoinnette telah dihukum pancung
dengan gilotin.
Perubahan sistem pemerintahan beraja mutlak kepada raja berperlembagaan
menyaksikan pergolakkan politik di Perancis. Kacau-bilau yang berlakunya di
Perancis hanya tamat bila Napoleon Bobaparte mengambil alih pemerintahan
[1799].
No comments:
Post a Comment