Soalan: Huraikan
/ jelaskan faktor yang dijadikan alasan oleh Barat untuk menduduki China
Menjelang abad ke-19, ekonomi China berkembang dengan baik.
Kekayaan sumber bahan mentah menyebabkan kuasa Barat mulai berminat untuk
menduduki China. Ekonomi Eropah berkembang pesat ekoran Revolusi Industri
menyebabkan kuasa Barat berusaha mengembangkan pengaruh ke China untuk
mendapatkan bekalan bahan mentah dan juga pasaran yang luas.
Antara alasan yang digunakan oleh kuasa Barat iaitu British
untuk menguasai China ialah perdagangan yang berat sebelah. Dasar
tutup pintu atau pemencilan yang diamalkan dan pelbagai syarat yang dikenakan
oleh kerajaan China menyebabkan kuasa Barat kerugian. Sebagai contoh, pedagang
Barat hanya dibenarkan berdagang di pelabuhan Canton dan urusan perniagaan
hanya boleh dijalankan melalui orang tengah iaitu Co-hong. Selain itu, pedagang
Barat juga hanya dibenarkan berurus niaga dengan menggunakan wang emas atau
perak sahaja. Factor inilah yang dijadikan alasan oleh kuasa Barat untuk
menduduki China.
Percanggahan dalam soal perundangan juga dijadikan
sebagai alasan oleh kuasa British untuk menguasai China. Kerajaan China
berpegang kepada prinsip “seseorang yg dituduh melakukan jenayah dianggap
bersalah sehinggalah kebenaran dapat dibuktikan”. Hal ini bertentangan dengan
prinsip keadilan Barat yang menekankan ”seseorang yg dituduh melakukan kesalahan
dianggap tidak bersalah sehinggalah kesalahan dapat dibuktikan dengan jelas”.
Situasi ini diburukkan lagi oleh percanggahan falsafah undang-undang kedua-dua
kuasa tersebut. Falsafah undang-undang Chinamenetapkan hukuman
adalah “tanggungjawab berkumpulan” manakala falsafah Undang-undang
Barat menekankan hukuman adalah “ tanggungjawab individu”.
Soal pengharaman perdagangan candu oleh kerajaan
China juga menyemarakan lagi keinginan British untuk menduduki China. Syarat
perdagangan yang ketat oleh kerajaan China menyebabkan perdagangan tekstil
British gagal menembusi pasaran China sekaligus menyebabkan British
gagal mendapatkan bekalan teh dan sutera yang mendapat permintaan tinggi di
Eropah. Kegagalan ini menyebabkan British membawa masuk candu sehingga akhirnya
mendapat permintaan tinggi di China. Kemasukan candu menyebabkan pengaliran
keluar wang China sehingga memaksa Maharaja Tao Kuang mengharamkan perniagaan
candu. Hal ini telah dijadikan alasan oleh British untuk menyerang China.
Selain
itu, isu penyebaran agama Kristian turut dijadikan alasan oleh
British untuk menduduki China. China tidak berpuas hati dengan mubaligh
kristian yang berjaya menyebarkan agama Kristian dalam kalangan masyarakat
China. Perkembangan agama Kristian dianggap mengancam kebudayaan dan tradisi
nenek moyang, ajaran Confucius dan Taoisme oleh China. China kemudian bertindak
membunuh paderi, rahib dan pegawai Barat di Tientsin serta membakar gereja.
British marah dengan tindakan China yang dianggap kejam. Mereka menjadikan isu
ini sebagai salah satu cara untuk menguasai China.
Tekanan
daripada British dan kekalahan dalam Perang Candu I dan Perang Candu II
menyebabkan China terpaksa menandatangani Perjanjian Nanking [1842] dan
Perjanjian Tientsin [1858]. Perjanjian ini telah membawa kepada pembukaan
pelabuhan-pelabuhan di China kepada pedagangan Barat. Akhirnya, Barat Berjaya
menguasai perdagangan di China.
No comments:
Post a Comment